**PERNIAGAAN KAMI ADALAH MENTERNAK, MENJUAL DAGING DAN SUSU SERTA MEMASARKAN HASIL TERNAKAN** UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI KAMI DENGAN SEGERA....

KamBing Sediada

Cara Makanan Diproses

Sunday, April 27, 2008

Tips Mengetahui Umur Kambing

Pada peringkat umur muda, gigi yang tumbuh adalah gigi susu. Gigi susu ini kecil dan agak tajam serta tumbuh agak renggang. Pada peringkat umur yang semakin dewasa, gigi susu akan tanggal, dan diganti dengan gigi tetap. Pengantian gigi tetap ini yang menjadi panduan untuk menduga umur kambing. Dalam usia kambing yang sudah tua kehausan gigi menjadi ukuran dasar menduga umur kambing.

Untuk membantu anda menduga umur kambing, lihat seperti dibawah:-


* Belum ada gigi tetap - kurang dari 1 tahun
* Ada sepasang gigi tetap - 1 - 2 tahun
* Ada 2 pasang gigi tetap - 2 - 3 tahun
* Ada 3 pasang gigi tetap - 3 - 4 tahun
* Ada 4 pasang gigi tetap - 4 - 5 tahun
* Gigi tetap haus - 5 tahun keatas

Monday, April 21, 2008

Daging Kambing

PEMELIHARAAN UNTUK TUJUAN PENGELUARAN DAGING
Pengeluaran daging dari penternakan kambing meliputi dua bahagian aktiviti. Penternak boleh menjalankan mana-mana satu bahagian aktiviti ini ataupun kedua-dua sekali.
Membiak
Memelihara kambing baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk pengeluaran daging

Penggemukan (Fattening)
Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau setahun setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan.

Sistem Pawah

Pawah adalah tradisi Melayu lama, dimana tuanpunya ternakan akan memilih seorang gembala untuk menternak dan membiakkan ternakan mereka. Ianya merangkumi pelbagai syarat yang berbeza bergantung kepada tempat, keadaan dan faktor setempat. Secara amnya, dalam sistem pawahan kambing, anak kambing tuanpunya akan dibahagi sama rata diantara tuanpunya dan gembala.

Penternakan kambing mampu memberi pulangan yang lumayan kerana kambing membiak dengan cepat, iaitu pada kadar dua ekor setiap sembilan bulan.


Pembahagian Kambing

Pembahagian kambing tuanpunya adalah dibuat seminggu selepas anak dilahirkan. Ini adalah kerana dalam tempoh itu, kesihatan anak kambing masih belum stabil lagi.

Pembahagian adalah bergantung kepada tuanpunya. Ini bermakna dalam kumpulan kambing yang tuanpunya miliki, gembala akan mendapat anak pertama dan tuanpunya akan mendapat anak kedua. Kami tidak menggalakkan penjualan kambing betina tapi kami akan tetap menjual kambing jantan sebagai pedaging selepas umur 6 bulan. Seterusnya digantikan dengan kambing betina untuk pembiakan. Kami boleh membantu dalam segala aspek pengurusan kambing tuan.


Pilihan Pemeliharaan Kambing

Anda boleh memilih tatacara pemeliharaan ia itu secara terus menerus atau jualan anak.
  • Cara terus menerus, kami akan membiakkan kambing anda secara terus menerus. Dalam pilihan ini, kami akan menjual anak kambing jantan dan membeli anak kambing betina sebagai ganti.
  • Dalam pilihan jualan anak, kami akan menjual anak kambing anda pada umur 6 bulan, tanpa mengira jantina. Kami akan memasukan hasil jualan kedalam akaun anda selepas jualan.
Anda boleh menukar pelan pemeliharaan pada bila-bila masa tertakluk kepada syarat tertentu.

Saturday, April 19, 2008

Makanan Seimbang

M akanan adalah perkara yang paling penting dalam pemeliharaan. Makanan diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan juga akan menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga.
Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:-
*protein, karbohidrat (kanji), lemak, vitamin dan zat galian*


Makanan Kambing & Biri-biri Sebahagian besar keperluan makanan kambing dan biri-biri diperolehi daripada foraj.Ternakan boleh dibiarkan meragut di waktu siang dan dikandangkan di waktu malam. Kambing biasanya menyuakai foraj dari berbagai jenis tumbuhan dan penternak sebaik–baiknya menanam pokok berdaun banyak yang disukai oleh haiwan ini, seperti pokok bunga raya, ubu kayu, dan petai belalang.Pokok-pokok ini boleh ditanam sebagai pokok pagar. Apabila menguna rumput pilihan penternak janganlah menanam jenis rumput Signal (Brachiaria decumbens) sebab dia telah didapati mengandungai bahan yang boleh menyebabkan kambing dan biri-biri mengidap penyakit kuning dan sensitive kepada cahaya (Abas Mazni dan Sharif, 1980).Kambing dan biri-biri biasanya boleh memakan sebanyak 5 kg rumput sehari. Apabila pemberian rumput terhad bolehlah diberi makanan tambahan seperti dedak padi sebanyak 0.6 kg/hari/ekor (Jaafar, 1987). Makanan tambahan yang lain seperti hampas isirong kelapa sawit dan hampas kopra boleh juga digunakan. Dalam satu kajian di daerah Sepang dan Ulu Langat kambing membesar dengankadar 71g sehari dalam system di mana ternakan dikandang dan diberi foraj bersama hampas isirong kelapa sawit atau hampas kopra (Rahman dan Khusahry, 1986). Foraj yang digunakan termasuk daun ubi kayu (70 – 80%) dan rumput gajah, air dan batu garam galian jilat juga dibekalkan. Dalam kajian yang sama didapti kambing yang dibiar meragut bebas dan dikandang di waktu malam membesar dengan kadar 51g sehari.Kajian di Sumatera menunjukan pemberian makanan tambahan berupa hampas isirong kelapa sawit kepad kambing biri-biri di samping foraj dapat meningkatkan tumbesar berat badan daripada 28g sehari (tanpa makanan tambahan) kepada 70g sehari (Ginting dll., 1987). Kadar hampas isirong kelapasawit yang disyorkan ialah 1.35% daripada berat badan haiwan iaitu lebih kurang 160g seekor. Penggunaan makanan tambahan akan juga meningkatkan prestasi pembiakan kambing. Dalam satu kajian di Serdang (Rahman dan Khusahry, 1982) kambing betina yang diberi makanan tambahan berasaskan hampas kopra, hampas isirong kelapa sawit atau kulit kopi mendapat 55% adak kembar manakala yang tidak diberikan makanan tambahan hanya mendapat 33% . Berat badan anak kambing yang dilahirkan lebih tinggi untuk yang diberikan makanan tambahan.

Info

Pemeliharajavascript:void(0)an kambing telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu (7,000 - 6,000 s.m.) Kemungkinan besar kambing adalah ternakan yang mula-mula sekali dijinak dan dipelihara untuk penghasilan daging, susu dan kulit. Walaupun kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan, sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, sebagai satu hobi dan juga untuk sumber protin haiwan bagi keperluan keluarga. Sifatnya yang suka merayau dan memilih makanan, terutamanya pucuk-pucuk tumbuhan boleh menentukan ianya memperolehi zat makanan yang cukup. Industri yang ada sekarang dapat menyumbangkan di antara 12% - 15% keperluan negara di bidang daging kambing/bebiri. Lebih dari 95% kambing dan bebiri dipelihara bagi tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran susu.

1. TUJUAN PEMELIHARAAN

Pemeliharaan kambing boleh mendatangkan dua hasil utama, iaitu daging dan susu. Ternakan untuk susu dapat digunakan sebagai pengeluar daging apabila susunya berkurang. Risalah ini akan menerangkan secara ringkas tentang keperluan-keperluan asas dalam pemeliharaan kambing untuk pengeluaran daging.

2. BAKA-BAKA KAMBING

Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badang yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu.

zwani.com myspace graphic comments

Survey Saje..